Namun begitu, pada hari ini, kita dikelirukan dengan fakta sejarah
yang mungkin tiada kebenarannya atau ia berselindung di sebalik muslihat yang
tertentu untuk memanipulasikan pemikiran manusia kini. Namun begitu, siapa yang
tahu?Hanya pereka atau orang yang berperanan memanipulasikan hal – hal sebegini
sahaja yang tahu akan kebenarannya… Hal ini jelas dapat di lihat bagaimana
sejarah itu lahir apabila sesuatu pihak itu berkuasa atau menang dalam suatu
perebutan kuasa dan dapat menakluki sesuatu kawasan! Sudah tentu, kemenangan
bagi pihak yang berjaya dan berkuasa itu merupakan suatu ‘sejarah’ manakala
bagi pihak yang gagal pula.. ianya merupakan suatu yang tradigis!Lantaran,
lahirnya ‘sejarah’ yang dibanggakan oleh pihak yang berkuasa….kononnya tujuan
mereka untuk menjajah kawasan lain atau meluaskan kawasan penaklukan
mereka..adalah dengan niat untuk membela nasib manusia dan ingin menjalankan
pembangunan! Namun, siapa tahu muslihat yang bermain di sebalik tindakan itu ?
Adakah mereka yang dijajah itu telah ditipu?
Saturday, 21 April 2012
Sejarah...
Sejarah
memainkan peranan penting dalam pembinaan sesebuah tamadun manusia. Sejarah
mengajar kita erti sebenar kehidupan di mana ia merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia. Ia merupakan ‘guru’ yang terbaik kerana ia memberikan
manfaat dan pengajaran kepada kita melalui peristiwa – peristiwa lampau, di
mana perkara yang baik dijadikan panduan dalam hidup, manakala perkara yang
tidak baik pula dijadikan sebagai
pengajaran dan ikhtibar buat semua manusia.‘Sejarah’ dalam erti kata sebenar
merupakan suatu fakta yang benar, tepat dan ianya merupakan peristiwa yang
telah lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment