Saturday, 21 April 2012

Sejarah...

      Sejarah memainkan peranan penting dalam pembinaan sesebuah tamadun manusia. Sejarah mengajar kita erti sebenar kehidupan di mana ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Ia merupakan ‘guru’ yang terbaik kerana ia memberikan manfaat dan pengajaran kepada kita melalui peristiwa – peristiwa lampau, di mana perkara yang baik dijadikan panduan dalam hidup, manakala perkara yang tidak baik  pula dijadikan sebagai pengajaran dan ikhtibar buat semua manusia.‘Sejarah’ dalam erti kata sebenar merupakan suatu fakta yang benar, tepat dan ianya merupakan peristiwa yang telah lalu. 
     Namun begitu, pada hari ini, kita dikelirukan dengan fakta sejarah yang mungkin tiada kebenarannya atau ia berselindung di sebalik muslihat yang tertentu untuk memanipulasikan pemikiran manusia kini. Namun begitu, siapa yang tahu?Hanya pereka atau orang yang berperanan memanipulasikan hal – hal sebegini sahaja yang tahu akan kebenarannya… Hal ini jelas dapat di lihat bagaimana sejarah itu lahir apabila sesuatu pihak itu berkuasa atau menang dalam suatu perebutan kuasa dan dapat menakluki sesuatu kawasan! Sudah tentu, kemenangan bagi pihak yang berjaya dan berkuasa itu merupakan suatu ‘sejarah’ manakala bagi pihak yang gagal pula.. ianya merupakan suatu yang tradigis!Lantaran, lahirnya ‘sejarah’ yang dibanggakan oleh pihak yang berkuasa….kononnya tujuan mereka untuk menjajah kawasan lain atau meluaskan kawasan penaklukan mereka..adalah dengan niat untuk membela nasib manusia dan ingin menjalankan pembangunan! Namun, siapa tahu muslihat yang bermain di sebalik tindakan itu ? Adakah mereka yang dijajah itu telah ditipu?

Akan mungkin terjadi 15 tahun akan datang...

     Seperti biasa semua insan mempunyai impian,cita-cita yang tinggi...ini impian ku..semoga allah memberkati hidup ku dan lindungi aku dari segala yang boleh merosakan aku dlm dunia nya ini yang penuh dengan cabaran,liku-liku kehidupan yang aku sendiri tidak pasti apa akan jadi pada hari esok kelak...semoga aku tabah dengan ujian mu...ya allah hanya engkau mengetahui segalanya dan aku redha kehendakmu dan aku pasrah menerimanya dengan hati yang terbuka adakala aku sendiri tidak mampu untuk melawan dengan kudrat ku yang kecil ini...

1) Sering kali ku fikirkan,dan aku berdoa pada yang esa semoga aku di ketemukan dengan seorang insan yang dapat menerima ku seadanya...tanpa mengira duniawi semata-mata..dan ku harapkan pasangan hidupku dapat memahami kerjaya yang ku ceburi..mempunyai pengetahuan agama yang mendalam semoga keluarga yang akan  ku bina bahagia dan di berkati allah.dan puteri dalam hati ku mendidik cahaya mata kami dengan sempurna akan ajaran agama dan kedunian...insyallah...
2) 15 tahun akan datang juga aku inginkan kerjaya yang terbaik dalam kehidupan ku...ku jangka kan akan membina empayar dalam bidang yang ku ceburi...yang ku pasti kemana hala tuju ku yang telah ku lemparkan adalah nyata...
3) mungkin juga pada waktu itu aku mempunyai keinginan yang sama macam insan lain yang mempunyai kenderaan yang mewah ,punyai kediaman yang selesa sudah cukup  bagi ku... bersama keluarga tercinta...
4) setelah apa yang ku impikan telah menjadi nyata..ku ingin sekali menziarahi tanah suci mekah bersama insan tersayang...seperti mana rukun islam yang ke lima "menunaikan haji bagi yang mampu"ia juga di inginkan oleh semua insan yang beragama islam agar dapat menunaikan rukun yang telah ditetapkan oleh agama ku...


semoga allah memberkati dan memberi kekuatan pada ku untuk mengecapi impian ku selama ini...
amin..

Double Storey Villa




TANIA (Your Resort Your Home)
60' x 120'

  • Large en-suite bedroom and guest rooms for added comfort and space.
  • Private access to eco garden.
  • High ceiling for enchanced air ventilation.
  • Large window for ample natural lighting and mesmerising skylight bath